Cart 0
DYZ00002.png

86,400 Detik

SYNOPSIS

Benarlah malam pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bantal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaannya. Pelamin sekadar menjadi replika untuk tatapan tamu. ~ Irna Muliati ~

Bencinya aku pada semua lelaki! Namun, wajah doktor muda itu tetap menyapa di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dgn kebencian terhadap seorg lelaki yg telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara? ~Najwa Raihana~

Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dgn impian utk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walaupun saya tau, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan hilang ditelan kegelapan. ~ Doktor Ezani.~

"Kau apa ada? anak seorang pekebun? Tergila-gilakan Syad konon! Hey, Yana, lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dgn anak datuk tersohor mcm Engku Irsyad tu! ~ Syakilla ~

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Dyza Ainun

BOOK ID

DYZ00002

TOTAL PAGE

645