Cart 0
MIL00001.png

Akhiri Penantianku

SYNOPSIS

Menjadi isteri kepada usahawan terkenal, Ilhan Ruiz bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi Airin yang serba kekurangan. Kehidupan rumahtangganya lebih banyak duka daripada suka.

Dugaan dan hinaan yang berjejal menimpa dirinya membuatkan Airin terpaksa berundur.Lebih tujuh tahun dia menghilangkan diri, membawa bersama rahsia besar yang disimpan kemas dalam hidupnya. Kini, dia terpaksa menemui Ilhan Ruiz demi menyelamatkan nyawa insan tersayangnya.

Namun, bantuan yang dihulurkan oleh Ilhan Ruiz datang bersama 'harga' yang wajib dibayar oleh Airin.

Sekali lagi Airin terpaksa melalui kehidupan jerih bergelar isteri Ilhan Ruiz. Sampai bila Airin mampu bertahan hidup dengan Ilhan Ruiz

GOODREADS REVIEWS


AUTHOR

Anna Milia

BOOK ID

MIL00001

TOTAL PAGE

486