Cart 0
AMH00014.png

Aku Mahu Bunga Di Hati

SYNOPSIS

Sekolah Sri Bangsar gempar lagi! Sepasang Romeo dan Juliet sedang dicari. Nurul Afiqah merasakan inilah peluang meraih populatiti. Namun, apakan daya dia pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Menyaksikan imejnya yang gagah perkasa, tidak mungkin akan ada Romeo yang mahukan dia menjadi Juliet.

Namun putus asa bukan pilihan! Afiqah mahu berusaha mengubah penampilan jadi lebih feminin. Tanpa diduga, dia menerima warkah daripada prince XCharming. Kata-kata indah lelaki misteri itu membuatkan hati berbunga-bunga. Lebih mengujakan, dia turut dihadiahi sebentuk cincin bunga... cantik terletak di jarinya. Sehingga terasa tidak mahu ditanggalkan lagi!

Siapakah Prince XCharming? Benarkah dia ikhlas ataupun sekadar bermain kata? Pada masa yang sama, Afiqah mahu menukar penampilan. Dalam hal itu, tentulah The Wannababes jadi teladan dan laman facebook dijadikan ukuran kejayaan. Namun misi mencapai kemahuan, asyik ada halangan. Ketika memotong rambut, dia diserang kerengga. Bila berdandan, wajah diserang alahan. Berkasut tumit, asyik terpelecok apabila berjalan. Oh, sukarnya menjadi perempuan sopan! Berjayakah misi ‘ Aku Mahu Bunga di Hati‘ ?  

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Ain Maisarah

Naim Jalil

BOOK ID

AMH00014

TOTAL PAGE

280