Cart 0
SY000022.png

Aku Yang Dia Halalkan

SYNOPSIS

“This is my proposal to you, Ju. Just be my wife, Juju Aulia binti Ahmad Junid.”

Selama lima tahun dia bekerja sebagai PA untuk Umar Kashyi, tak pernah pun dia sangka yang Umar Kashyi akan melamarnya. Mulanya Juju Aulia cuba untuk menolak lamaran itu. Tetapi Umar Kashyi pandai mencari kelemahannya menyebabkan Juju Aulia terpaksa menerima lamaran itu dengan syarat...

“Saya akan kahwin dengan bos kalau ada orang yang sudi berkahwin dengan kakak saya, Kak Fia.”

Tak sangka Umar Kashyi dapat menyempurnakan syarat itu dan nak tak nak terpaksalah Juju Aulia menerima lamaran itu. Masalahnya, Juju Aulia tak cintakan Umar Kashyi, begitu juga dengan Umar Kashyi. Jadi, apakah jaminan untuk bahagia seumur hidup bersama?

“Tadi kata tak nampak jaminan cinta seumur hidup saya tu. Saya nak tunjuk jaminan cinta saya, awak kata saya hilang akal pula. Jomlah, kita bercinta sementara tak ada kerja ni. Nanti bila ada kerja, saya nak fokus kat C lain pula. Bukan cinta lain, maksud saya cash. Nanti tak pasal timbul C lain pula.”

Cuak Juju Aulia apabila Umar Kashyi mula menunjukkan sisinya yang berbeza. Selalunya Umar Kashyi pentingkan C... Cash, tetapi apabila dia fokus pada C... Cinta, mula menyebabkan Juju Aulia jatuh cinta.

“Perempuan ni, memang C... comel. Tapi, bila muncul C... cemburu, habislah C... cancel semua benda. Tapi percayalah Ju, awak merupakan orang pertama yang saya nak cakap setiap kali saya bangun tidur dan orang yang terakhir saya nak jumpa setiap kali sebelum saya nak tidur.”

Sehinggalah, Adora tiba-tiba membatalkan projek mega itu dan menyebabkan Umar Kashyi kerugian. Umar Kashyi mula mencari jalan penyelesaian dan mengikut cadangan Adora tetapi Juju Aulia tak bersetuju dengan cadangan itu menyebabkan Umar Kashyi marah. Itu mengakibatkan Juju Aulia undur diri

“Kalau nak sangat dengar cakap Adora Dato’ Malik tu, kahwin saja dengan dia. Dengan ini, saya letak jawatan 24 jam. Bukan saja jawatan saya letak dengan cincin ni pun, saya letak. Kalau kena bayar, hantar saja bil. Soal umi dan walid, biar saya settle. Assalamualaikum!”

Berbaloikah Juju Aulia berkeras dengan Umar Kashyi? Atau... akhirnya dia jadi Ju-On?

Cinta itu tak sulit. Yang sulit itu adalah kita...

GOODREADS REVIEWS


AUTHOR

Syamnuriezmil

               Syamnuriezmil.png

www.pngOfficial Website

   fb.png  syamnuriezmil.author

   IG.png  syamnuriezmil

BOOK ID

SY000022

TOTAL PAGE

393