Cart 0
RAM00029.png

Anding Ayangan II

SYNOPSIS

Dunia dikatakan mempunyai beberapa lapisan kehidupan yang berbeza-beza tanpa sebarang pertembungan. Bagaimanapun...Furqan Ayyubi, Nyian dan Damit telah terlanggar larangan itu tanpa sengaja. Sekali gusmenembusi hijab antara dua dunia. Maka berlakulah kekacauan dan kebejatan yang sukar diterima akal.

Di dunia fana - Furqan Ayubbi berjuang untuk membunuh Datuk Johar yang dipercayai disarungi seekor makhluk yang pernah menumpangi jasad Raja Tabakbauta. Sejenis makhluk yang sangat menyukai kuasa. Bagaimanapun hasrat Furqan Ayyubi itu dipandang songsang sehingga dia dipercayai mengalami masalah mental.

Di dunia dongeng - Nyian mendapati dirinya adalah seorang penglipur lara yang mempunyai kuasa sakti. Kiesaktiannya bergantung pada lisan yang dipertuturkan untuk membaca dan mengubah cerita sesebuah dongeng sehinggalah dia bercita-cita menjadi raja di dunia ini.

Masa silam - Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan berusaha mencari penawar pada sakit yang dialami Salleh secara mendadak. Anak asuhan itu diyakini telah terkena jampi seorang penyihir. Sekali gus membuatkan hubungan cinta Salleh dan Dang Bisai menghadapi gendala. Sakit misteri itu telah mengheret Salleh ke pintu maut.

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Ramlee Awang Murshid

               Ramlee-Awang-Murshid.png

BOOK ID

RAM00029

TOTAL PAGE

508