Cart 0
PY000001.png

Awak Jealous Ye?

SYNOPSIS

Benci! Meluat! Menyampah! Tiga perkataan itu cukup menggambarkan perasaan Balqis terhadap Faiz; lelaki sombong, panas baran dan ego.

Semuanya bermula apabila dia membuat keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur dan tinggal bersama mak longnya yang bekerja sebagai pembantu rumah Datuk Mahfuz. Semuanya baik-baik belaka kecuali anak sulung keluarga itu.

Ya! Dia ada masalah dengan lelaki itu sejak kali pertama mereka berjumpa.

Masalah jadi besar bila Balqis terbuang kertas kerja milik Faiz ketika mengemas bilik bacaan lelaki itu. Niat murni bertukar jadi mimpi ngeri yang sentiasa menghantui.

Bermula dari situ, lelaki itu bagaikan menyimpan dendam padanya. 'Seksaan' demi 'seksaan' dikenakan kepadanya selepas itu. 'Seksaan' yang tak menyakitkan fizikalnya tetapi 'merabakkan' mentalnya.

Kesabaran manusia juga ada batasnya. Bila Balqis dah bengang tahap tak hengat, saat itu jugalah Faiz luahkan sayang. Macam mana ni?  

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Piqah Yusof

BOOK ID

PY000001

TOTAL PAGE

621