Cart 0

Awas, Kalau Dah Suka

SYNOPSIS

Biarpun dilahirkan sebagai kembar, namun kerana salah faham ketika melewati zaman remaja membuatkan mereka semakin menjauh. Biar pun Trish cuba menjernihkan semula keadaan namun, Riya tetap menutup pintu hatinya.

Atas nama kasih sayang pada adik sendiri, Trish sanggup hidup dalam percaturan perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Namun, sedikit pun tidak terkesan kepaa Riya. Malah, Riya tega membuatkan rumah tangga Trish berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan.

Kasih yang disemai dan dibaja, tidak membawa sebarang erti kepada Afif. Apa yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan yang dirancang oleh bapanya. Biar seikhlas manapun Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan yang tinggi melangit.

“Ambillah balik awek kau ni. Tak payah nak rampas ke apa. Aku bagi sendiri. Aku dah puas pakai dia. Dah bosan pun. Tak reti aku nak simpan batang kayu ni lagi.” - Afif.

Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku? Tidak adakah ruang di hati Afif untuk dirinya?

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Miz Amaryllis

fb.png Miz Amaryllis

BOOK ID

RLL00001

TOTAL PAGE

502