Cart 0
RMH00001.png

Biarlah Bulan Berbicara

SYNOPSIS

Buku ini mengisahkan pergolakan jiwa seorang isteri bernama Adila Natasya yang mencari cinta sejati, cinta tulus ikhlas seperti yang pernah diterimanya daripada almarhum papanya.

Cinta pertamanya dengan pemuda kacak, Amirul Farid semasa menuntut di Amerika Syarikat, tetapi gagal apabila Amirul tidak setia dengan cintanya.

Kemudian Adila Natasya bertemu pula dengan Lokman, yang dikahwininya, hasil lamaran isteri Lokman sendiri, Umi Kalsom yang mengidap kanser payu dara. Meskipun pada peringkat awalnya, Adila Natasya tidak berapa mencintai Lokman, tetapi lama-kelamaan, setelah Lokman menunjukkan sifat-sifatnya yang baik, Adila mencintainya sepenuh hati.

Malangnya, di tengah-tengah kemuncak kebahagiaan itu, Lokman bertemu dengan Rohani, seorang janda beranak dua dan mendampinginya. Affair Lokman diketahui Adila. Adakah Adila masih mencintai Lokman sekalipun cintanya dikhianati?

Ikuti kemelut kehidupan Adila Natasya hingga akhir untuk bersama memahami erti kasih bagi seorang isteri.

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Rahmah Saad

BOOK ID

RMH00001

TOTAL PAGE

388