Cart 0
EZZ00002.png

Bukan Cinta Secondhand

SYNOPSIS

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke?“ herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around.. yang pasti aku akan tetap tunggu kau sukakan aku. Eh, bukan.. aku akan buat kau sukakan aku!” Tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itu lah yang terjadi dalam hidup Naira.

Naira Ilyani - Dia mengejar Amril setelah terpikat kepada keperibadiaanya. Bukan harta atau pun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

Muhammad Amril - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak jumpa jalan patah balik… Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia.. aku nak ambil hati Amril dari dia”. Naira Ilyani.

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Dewi dan Amril. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Iylani merubah segalanya.

Disaat Amril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempurna. Namun mampukah Quizi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak yang akan rasa lebih sakit sebab...awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa tu! sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” Ahmad Qiuzi.

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Ezza Mysara

          Ezza-Mysara.png

BOOK ID

EZZ00002

TOTAL PAGE

958