Cart 0
DHI00009.png

Cerita Tentang Kita

SYNOPSIS

Setiap dari kita pasti ada cerita yang kita simpan. Menjadi rahsia antara kita dan Tuhan. Sayangnya tiada rahsia yang mampu bertahan lama. Cepat atau lambat… akhirnya akan tiba jua pada insan yang tepat.

Dia kuburkan Cougar untuk mulakan hidup baharu tapi kisah silam masih terus mengejar dan mengganggu. Sama ada membunuh atau dibunuh, once and for all, titik penamat harus dinoktahkan.

Dan... si dia datang. Membawa seribu satu cerita.

Sesuatu berlaku menyebabkan haluan mereka bertemu.

Buat pertama kali, hati rasa tertawan. Jiwa terpana. Dia mula impikan bahagia.

Namun di saat syurga cuba digapai, neraka membuka pintunya. Dendam masa silam mula menjelma.

“I love you. Remember that, at least.” - Mejar Najmi Hariri

“Kisah silam kita terlalu membebankan hingga sukar untuk kita mencari bahagia.” - Auni Sofina

Mampukah hati yang terlerai bertaut semula? Apabila kita reda pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangkakan.  

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Dhiya Zafira

BOOK ID

DHI00009

TOTAL PAGE

646