
Cikgu Paling Berhantu
SYNOPSIS
Cabaran merebur takhta buletin berterusan! Kali ini hanya penulisan terbaik akan dipilih! Topik yang diberi juga amat spesifik...tulis mengenai guru-guru Sekolah Sri Bangsar sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei.
Wilma merasa inilah peluangnya menunjukkan bakat sehebat JK Rowling. Betty pula lebih pentingkan kerjasama, bersatu tenaga dengan rakan-rakan lain demi menghasilkan artikel guru terbaik.
Tetapi persoalan paling penting, mahu tulis tentang apa? Kisah jambul kembang Cikgu Amnah sudah terlalu biasa. Gosip Cikgu Ghazali yang malang sejak azali itu juga bukan lagi rahsia.
Lalu, Wilma mencuba cara jahat, melaga-lagakan dua orang cikgu demi mendapat berita sensasi. Malah Wilma melakukan perbuatan khianat, menolak Betty jatuh tangga…. Biar pesaingnya tidak mampu menghasilkan sebarang artikel!.
Pada ketika Wilma sanggup berbuat apa saja demi menguasai semula buletin, tiba-tiba dia bertembung dengan seorang guru misteri, memakai baju putih dari kepala hingga ke kaki, muka pucat sekali! Cikgu itu nampak seperti hantu, tetapi benarkah...ada cikgu paling berhantu di Sekolah Sri Bangsar?
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Ain Maisarah
Eima Manan
BOOK ID
AMH00018
TOTAL PAGE
233