Cart 0
QHY00001.png

Cinderella Milik Mafia

SYNOPSIS

Cinderella, gelaran sinonim buat Alisa gara-gara sikapnya yang gemar menyendiri dan akan menghilang dari majlis-majlis keraian sebelum jam 12 tengah malam. Sikap yang mengundang gangguan dan usikan Arman biarpun setelah mereka melewati zaman persekolahan.

Gangguan yang tidak disenangi Alisa. Usikan yang diam-diam mencambahkan rasa cinta lelaki muda itu buat Alisa. Cinta yang tak pernah diketahui Alisa lantaran Arman sendiri tidak pernah mempamerkannya.

Satu kejadian memaksa Alisa menjadi tahanan Arman. Sekaligus mengubah pandangan serong Arman terhadap Alisa. Ternyata gelaran Cinderella itu sendiri memberi gambaran sebenar kehidupan Alisa selama ini. Satu demi satu rahsia hidup Alisa mula dirungkai. Rahsia yang menyakitkan hingga Arman bertekad. Alisa harus menjadi miliknya biar dengan apa cara sekalipun.

'Nak atau tidak, kau tetap kena kahwin dengan aku. Faham'

'Kalau saya tak nak?'

'Aku akan buat sampai kau nak jugak.'

Di pihak Alisa pula, dia reda jika ditakdirkan hidup bersama Arman mesti tiada cinta di hatinya buat lelaki bergelar mafia itu. Pastinya keadaan itu jauh lebih baik dari terus-terusan bergelar hamba abdi ibu tirinya atau menjadi perempuan simpanan Tuan Megat.

'Kalau inilah takdir yang telah Allah tentukan, baik. Saya akan terima semuanya dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya saya tahu. Saya akan serahkan diri pada yang berhak di jalan yang halal.'

'Aku tak janjikan bulan dan bintang akan menghiasi hidup kau, tapi aku berani jamin. Kau akan sentiasa tersenyum bahagia selama kau menjadi suriku. Usahkan terluka, menangis sedih pun aku takkan izinkannya berlaku. Aku janji!'

Bahagia menghampiri bila cinta mula bersemi. Namun dapatkah bahagia itu berkekalan andai Itan masih tak jemu mengejar si anak Tiri? Tuan Megat sendiri, dapatkah menerima kenyataan gadis idaman telah jatuh ke tangan musuh tradisinya? Atau sememangnya Cinderella telah ditakdirkan menjadi hak mutlak Arman, si lelaki mafia selamanya?

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Qhayra Qhayriesa

BOOK ID

QHY00001

TOTAL PAGE

421