Cart 0
DAD00002.png

Dia Tunang Aku!

SYNOPSIS

Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema . Menerima ‘lamaran’ daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya dihati itu?

Aneesa pula sudah geleng kepala. Mr waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzqquan a.k.a. tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampai dia menjadi kegilaan perempuan diluar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekah dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di Cafe S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukan nya Mr Waiter seperti Dzaquan tu!

AUTHOR

Dhieya Adlynna

BOOK ID

DAD00002 

TOTAL PAGE

661