Cart 0
JCK00002.png

Diagnosis 8: Autopsi

SYNOPSIS

Otak dipisahkan dari tengkorak dan aku memeriksa lantai tengkorak untuk sebarang kecederaan tetapi semuanya normal. Bahagian otak diperiksa secara teliti dan kelihatan ada tanda-tanda strok yang sudah lama. Akan tetapi, ia bukan sebab utama pesakit meninggal dunia.

Selesai memeriksa otak, aku beralih pula ke meja pemeriksaan dan memeriksa organ-organ yang aku keluarkan tadi. Bau hanyir darah mula memenuhi Bilik Autopsi dan menembusi topeng muka yang kami pakai.

Doktor houseman yang mengikutiku melakukan post mortem tiba-tiba terjatuh ke lantai. Nasib baik tidak tersembam pada mayat. Bilik Autopsi menjadi riuh buat seketika. Beberapa orang staf segera mendekati doktor muda tersebut dan
membuat pemeriksaan pada nadi beliau.

“Masih ada denyutan nadi. Nafas pun masih ada.” Jerit Kathreen, Pembantu Pegawai Perubatan wanita yang bertugas dalam Bilik Autopsi.

Aku memerhati dari meja pemeriksaan. Kulihat pernafasan beliau teratur.

“Dia hanya pengsan sahaja. Tolong bawa dia keluar untuk dapatkan angin segar.”

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Dr. Jacknaim

BOOK ID

JCK00002

TOTAL PAGE

282