
Gadis Edisi Terhad
SYNOPSIS
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa hatinya yang lara ke New York.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Rin Ahmad
BOOK ID
RAH00002
TOTAL PAGE
729