
Geza Amsyar: Seego Hatimu
SYNOPSIS
Perasaan sayang buat Mellisa tak pernah pudar, tak luntur di mamah waktu. Namun, bila mama menetapkan tarikh perkahwinannya dengan Mellisa, perasan benci meluap-luap datang tanpa dipinta.
"Saya sayang awak. Sayang sehingga takut kehilangan. Tapi, saya tak pernah cintakan awak. Sayang dan cinta dua perkara berbeza. So, please Mellisa. Tolak lamaran mama." - Geza Amsya
Mustahil dia ingin menikahi Mellisa sedangkan dia punya seseorang dalam hati. Menyemai cinta bertahun lamanya.
"Sayang tapi tak cinta? How funny, Geza. Macam mana awak belah hati awak macam tu?" - Mellisa.
Asalnya, dia ingin menolak. Malangnya, bicara angkuh si kawan baik, buat dia tercabar.
"Terima lamaran mama, awak akan menderita seumur hidup. Saya tak mungkin akan mencintai awak selain daripada buah hati saya. Tak mungkin." - Geza Amsyar
"Then, saya akan terima lamaran mama. Kita akan berkahwin." - Mellisa
Dek kerana tercabar, Mellisa berdegil.
Setelah akad terlafaz, bermulalah episod duka dalam hidupnya. Didera emosi serta fizikal oleh sang suami. Walaupun berstatus suami isteri, tapi mereka bagaikan orang asing. Tiada bisikan romantis. Tiada kemesraan. Hanya kedukaan semata-mata.
"Semalam tu, jangan salah faham. Bila perempuan dan lelaki berdua-duaan, mesti ada yang ketiga. Apa yang berlaku semalam, adalah godaan syaitan. Aku tak ada niat nak buat benda tu." -Geza Amsyar
Dan hati, terluka sedalam-dalamnya. Terhenyak dalam kepedihan. Tiada lagi warna kegembiraan setelah menjadi isteri Geza Amsyar. Sekeping hati itu, terlalu ego untuk menerima takdir. Sehingga dia menjadi mangsa kekejaman Geza.
Hati tertutup. Jiwa terluka. Tiada lagi cinta buat Geza Amsyar. Lalu, Mellisa nekad untuk melepaskan segala-galanya. Melangkah jauh daripada hidup Geza.
Dan bila saat kehilangan, barulah Geza mengerti akan cinta yang wujud buat Mellisa. Namun, segala galanya dah berubah. Mellisa telah pergi jauh daripada hidupnya. Walaupun merayu, tak akan mungkin kembali
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Hash Aulia
BOOK ID
HHL00007
TOTAL PAGE
350