Cart 0
HNS00001.png

Hati Yang Kau Sentuh

SYNOPSIS

Azrul dan Farhah. Sebiji macam anjing dengan kucing!

Pantang berjumpa, pasti ada saja yang hendak digaduhkan. Bila dah jauh, barulah rasa kehilangan. Tapi lelaki ego macam Azrul mana nak mengaku rindu! Bahkan dengan selamba dia teruskan hidup. Kononnya dia kuat tanpa Farhah disisi.

Tiba-tiba muncul seorang gadis misteri yang mengaku dirinya sebagai Farhah, Azrul enggan percaya tapi gadis itu benar-benar mirip Farhah. Azrul mula celaru, lebih-lebih lagi bila gadis itu merayu dinikahi. Berkali-kali Azrul menyoal diri sendiri. Gadis itukah yang mereng atau sebenarnya dia yang dah gila bayang? Mana boleh orang mati hidup semula.

Bila terbongkar rahsia gadis itu, Azrul bertambah kusut. Gadis itu sedang dalam bahaya tapi patutkah dia membantu? Macam mana kalau gadis itu berniat buruk? Keselamatan keluarganya, takkan nak letak di tepi? Macam mana pula kalau akhirnya nanti dia terlanjur mencintai gadis itu?

Dan yang paling penting, sanggupkah dia biarkan insan lain menggantikan tempat Farhah dalam hatinya? Sanggup dia buang begitu saja semua kenangan mereka?

“Nak Tahu satu rahsia?”

“Rahsia apa?” “Abang rindukan Farhah...rindu sangat sayang”.

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Siti Hanisah

BOOK ID

HNS00001

TOTAL PAGE

601