
Haura
SYNOPSIS
Tragedi berdarah di New Zealand telah merubah hidup seorang pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Christchurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.
Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam - penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terlibat dengan agenda keganasan.
Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Tanpa sedar, dia mulai jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan tugasan demi negara.
FAHMI ke Melbourne demi membuktikan rasa cintanya. Malangnya, Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan. Akhirnya, dia ditangkap pihak imegresen dan diusir pulang.
Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne melaksanakan impiannya. Fahmi memiliki 'senjata' untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang. Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu!
HAURA - si bidadari yang patah sayapnya. Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini agak berbeza. Cinta menjadi peneguhan cerita. Namun, elemen pergolakan dan saspens tetap dikekalkan. Teori question mark diberi penekanan. Rasis agama adalah bencana akhir zaman. Rasa ingin tahu ibarat pemburuan hingga ke noktah terakhir.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Ramlee Awang Murshid
BOOK ID
RAM00030
TOTAL PAGE
417