Cart 0
SY000030.png

Hope

SYNOPSIS

Mamanya risau. Anaknya, Fajra Adara masih lagi solo walaupun punya kerjaya dan empayar. Fajra Adara bukan apa, dia sudah serik dengan semua lelaki yang diperkenalkan oleh mamanya. Semuanya putus dan yang tinggal hanya harapan untuk mencintai. Dicintai memang taklah! Lebih baik bercinta dengan kasut rekaannya sendiri. Sehinggalah seorang lelaki pilihan mamanya berpatah semula ke butik dan sanggup menunggu Fajra Adara kerana sekeping gambar yang tergantung di dinding butiknya.

'Itu...'

'Ya?'

'Gambar Fajra Adara?'

'Ya encik.'

'Kenapa encik?'

'Saya tunggu,'

Dia ialah Daffa Zayn. Gambar Fajra Adara yang pernah muncul dalam mimpinya itu, sudah mencuri perhatian. Jadi, Daffa Zayn merancang untuk mencuri hai Fajra Adara dengan meletakkan tempoh sebulan untuk dia bahagiakan dan buat Fajra Adara jatuh cinta. Hanya sebulan sahaja tetapi bersyarat...

'Dalam masa sebulan ni, awak kena ikut apa yang saya cakap. Awak tak boleh kata tidak. Kalau awak kata tidak, sebulan akan jadi sebulan satu hari, cakap tidak lagi, akan tambah satu hari lagi.'

Tapi Fajra Adara takut. Takut kalau, apabila dia mula jatuh cinta, Daffa Zayn akan pergi seperti lelaki lain yang pernah bagi harapan pada cintanya. Apa lagi caranya untuk menyakinkan dirinya yang Daffa Zayn itu jodohnya? Melainkan, Daffa Zayn berjaya lepasi ujian cinta. Tapi, ujian tentang apa?

'Okey, ada dua jenis ujian cinta.'

'Apa dia Onie?'

Tapi..siapa sebenarnya yang diiuji. Fajra Adara atau Daffa Zayn?

Harapan kalau tak ada tindakan..akan hanya tinggal harapan.

Macam basikal yang hanya akan seimbang apabila dikayuh

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Syamnuriezmil

               Syamnuriezmil.png

www.pngOfficial Website

   fb.png  syamnuriezmil.author

   IG.png  syamnuriezmil

BOOK ID

SY000030

TOTAL PAGE

80