Cart 0
AEN00002.png

I Want You, Kay Dhamina

SYNOPSIS

Kay Dhamina muncul di Syarikat Fantasia Interior Design dengan satu misi. Misi mencari jawapan kepada siapa yang menyebabkan adiknya Rose Dhamia menderita Anhedonia. Pasti tekanan yang diterima Rose sangat hebat semasa bekerja di syarikat itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Lebih menghairankan Kay, semua orang termasuk keluarganya sengaja merahsiakan perkara sebenar daripadanya.

“Kalau betul, biar Kay yang cari dan gali sendiri rahsia yang semua orang cuba simpan ni. Dan biar Kay yang membuat perhitungan!”

Di syarikat itu Kay bertemu dengan Ian Ghadafi. Diakah penyebabnya? Hidungnya mancung, bibir berwarna ceri dan rambutnya lebat. Kening sudah tentu tebal. Ciri-ciri lelaki bermata keranjang!

Ian sudah jatuh cinta dengan Kay manakala Kay mahu menjatuhkan Ian! Kay keliru buat seketika. Biarpun seperih mana Ian membuktikan keikhlasan cintanya, Kay enggan percaya. Demi Rose, akhirnya maruah lelaki itu diinjak hingga ke tahap yang paling memalukan!

“I nak you menderita, Ian!”- Kay

“Tahniah. You dah berjaya menjatuhkan I.”- Ian

Tapi sayangnya, Kay tersalah percaturan. Sebuah kemaafan menjadi mahal buat Ian. Bagaimana akhirnya sebuah dendam Kay?

“I’m sorry, Ian. I jahat, kan? I tak akan main-mainkan perasaan you lagi....” 

GOODREADS REVIEWS


AUTHOR

Aireen Aryana

BOOK ID

AEN00002

TOTAL PAGE

456