Cart 0
KR000003.png

Impian Malaysia Yang Tertunda (Ceritalah 3)

SYNOPSIS

Himpunan ketiga esei Karim Raslan ini merunut kegamatan perjalanan politik Malaysia dari tahun 2003 hingga awal bulan Oktober 2008.

Impian Malaysia Yang Tertunda (Ceritalah 3) mencartakan rentetan peristiwa pelepasan jawatan oleh Dr. Mahathir Mohamad dan kelok graf yang menaik dalam kerjaya Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kejayaan menakjubkan yang beliau capai dalam Pilihan Raya Umum tahun 2004. Namun, menyusul kejayaan gilang-gemilang itu, nasib pentabdiran beliau mengalami kemerosotan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 yang membawa pelbagai implikasi besar terhadap zaman yang mendatang.

Kembara Karim ke seluruh negara berjaya memperihalkan harapan, impian dan kebimbangan rakyat Malaysia daripada pelbagai suku kaum dan latar belakang. Beliau mewawancara warga daripada pelbagai bidang, termasuk pekerja kilang, ahli politik, wartawan, pensyarah, ahli perniagaan, mekanik kereta, malah seorang pemilik akhbar, iaitu warga media yang berpengaruh besar - dan segala pendapat mereka itu disulam sepenuhnya dengan berterus terang dan tanpa berselindung dalam esei-esei beliau.  

Impian Malaysia Yang Tertunda merujuk pada tempoh peralihan aneh yang sedang dilalui oleh rakyat negara ini. Malaysia memiliki potensi yang begitu besar, namun cabaran yang negara ini sedang hadapi juga sama hebatnya. Karim membicarakan mengenai impian terhadap senario berpolitik yang lebih baik, lebih saksama danlebih terbuka - impian yang setakat ini masih tertunda.

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Karim Raslan

              Karim Raslan.png

www.pngOfficial Website

  twitter (1).png    fromkmr

  IG.png    fromkmr

BOOK ID

KR000003

TOTAL PAGE

292