Cart 0
HAU00001.png

Jadi Isteri Aku

SYNOPSIS

Kepulangan Fareed Izwan usai peperiksaan akhir di perantauan membawa berita gembira untuk seisi keluarga. Namun, hajat untuk memperisterikan Rebecca yang berjaya mengetuk pintu hatinya berkecai di tengah jalan. Rajuk Puan Dahlia menyebabkan Fareed Izwan terperangkap untuk menerima Zahra Umairah, amanah yang dititipkan untuknya.

Diikat atas dasar perkahwinan, Zahrah Umairah hidup bagaikan tunggul. Entah sampai bila dia harus bertahan, dia sendiri tidak tahu. Lebih pedih, apabila Amri Khaleed yang dalam diam disukainya tiba-tiba membawa wanita lain kepadanya, seolah-olah hendak memberitahu kepadanya yang dia sudah berpunya.

Ujian yang menimpa di pertengahan jalan membuatkan Fareed bagaikan tersedar daripada lena yang panjang. Mampukah Izwan mempertahankan cinta Zahra Umairah dan amanah uminya atau memperkukuh cintanya terhadap Rebecca? Mungkinkah ada peluang kedua untuk dia kembali membetulkan keadaan?

GOODREADS REVIEWS


AUTHOR

Haura Amyra

BOOK ID

HAU00001

TOTAL PAGE

596