Cart 0
DIA00001.png

Kembara Cinta

SYNOPSIS

Sekarang dia masih mampu bertahan, mengawal dirinya. Dia tidak mahu lagi kembali berkongsi kasih dengan lelaki yang telah memusnahkan kebahagiannya selama ini. Mungkin sebentar lagi dia tidak mampu menjangkakan apa yang bakal berlaku. Tapi dia amat berharap agar tidak semudah itu untuk dia tunduk pada kemahuan Hairy Hafizi.

Aku harus kuat. aku harus tabah. Selama ini aku mampu melalui liku-liku hidupku sendirian kenapa tidak untuk hari esok, lusa dan hari-hari mendatang. Aku dapat hidup walaupun tanpa lelaki bergelar suami di sisiku, tak mungkin aku akan mengalah hari ini.

'Disebabkan saya orang miskin, ayah saya tidak ada nama, pangkat dan kedudukan, maka tidak ada orang yang datang membela saya untuk menyelamatkan maruah saya walaupun pada hakikatnya saya ada suami. Tapi suami saya pulak lebih rela berkorban untuk orang lain' Ujar Darin Madihah separuh kesal.

Adakah Hairy Hafizy ingin membalas dendam padaku kerana tidak ingin kembali padanya? Aku masih lagi isterinya yang sah. Kenapa dia tanya aku tentang kahwin? Atau adakah dia ingin melepaskan diriku nanti. Selama ini bukannya aku yang meninggalkannya. Dia yang tak jujur. Dia yang menipu.

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Dia Azura

BOOK ID

DIA00001

TOTAL PAGE

527