
Ken
SYNOPSIS
Tugas mereka, cuma melindungi. Sesiapa saja dalam kesusahan dek kelebihan yang diberikan.
Haramkan cinta, haramkan hubungan dengan manusia. Malangnya setelah berjumpa dengan seorang gadis, Kenzie Lee seakan-akan lupa dengan peraturan susun galur keturunan mereka.
'Kau berdarah putih. mereka berdarah merah. Mana mungkin akan bersatu, Ken. Kau akan mati' - Giban Lee
'Kalau itu syaratnya, aku rela.' - Kenzie Lee
Demi si gadis, dia sanggup. Berkorban nyawa untuk melindungi tanpa pengetahuan si gadis. Menjadi knight amor untuk gadis yang lebih jauh beza dengan dunia mereka. Hanya kerana perasaan aneh muncul dalam jiwa setiap kali mata mereka bertaut pandang.
'Take care of yourself lady' - Kenzie Lee
Satu nasihat, dari orang asing, mengikat hati Tristan. Dia muncul seperti angin dengan aura yang sukar untuk ditepis.
'Kalau I tak nak?' - Tristan
'You akan mati.' - Kenzie
Lenggok suaranya. Renungan matanya. Serta senyuman sinis Kenzie menambat hati Tristan. Sehingga dia tak kisah ditimpa kemalangan jika itu saja cara untuk mereka bertemu.
'I cakap jaga diri! Kenapa you degil sangat? Tak takut mati?' Kenzie Lee
'Kalau ini saja cara untuk bertemu dengan you, I sanggup' - Tristan
Semakin Kenzie menjauh, semakin Tristan mencari walaupun sejuta bahaya terhampar. Tanpa sedar, satu persatu rahsia terbongkar yang sukar diterima oleh akal. Akhirnya, demi nyawa seorang Kenzie Lee, Tristan terpaksa berundur. Kerana, dia juga bukan manusia biasa.
AUTHOR
Han
BOOK ID
ANH00002
TOTAL PAGE
310