Cart 0
SUC00001.png

Kurungan Asmara Tuan Israq

SYNOPSIS

"Kita nikah.” - TUAN ISRAQ AIDIN

"Tuan ni memang dah gila ke? Nikah semata-mata kerana lockdown? Habis bila dah habis lockdown nanti, apa? Cerai pulak?" - AIRIN PUTRI

Nikah? Lockdown? Dengan Tuan Israq? Gila!!!

Covid19 benar-benar memberi kesan terhadap seluruh penduduk bumi. Bukan sahaja dari sudut kesihatan fizikal dan ekonomi. Tapi juga dari sudut mental! Terdesak. Manusia terdesak melakukan apa sahaja demi memastikan kelangsungan hidup. Gila! Ya. Sehingga ada situasi yang membuatkan manusia terpaksa membuat keputusan yang gila.

Terdesak! Ya, Airin terdesak menikahi Tuan Israq Aidin kerana Covid19. Kerana memerlukan tempat tinggal sementara teman serumah yang perlu dikuarantin disebabkan kontak rapat dengan pesakit Covid19. Dalam masa yang sama kereta Myvi yang diharapkan dapat membawanya ke sana ke sini 'terperangkap' pula di bengkel. Tuan bengkel pula terkandas di luar kawasan kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Dan kerana Perintah Kawalan Pergerakan, larangan merentas daerah dan negeri yang diisytiharkan, memaksa Airin 'terkurung' bersama lelaki itu. Tuan Israq Aidin.

Terdesak! Sementara Tuan Israq Aidin lain pula kisah terdesaknya. Terdesak memaksa Airin Putri menikahinya apabila mengetahui gadis yang sekian lama dicintai dan diidamkan dalam diam itu bakal disatukan dengan Badrul, lelaki pilihan orang tuanya. Covid19 menjadi peluang keemasan lelaki itu untuk 'mengurung' Airin Putri seterusnya menjadikan gadis itu miliknya yang mutlak.

"Tiga bulan PKP. Tiga bulan jugak macam orang gila abang tunggu Airin balik. Abang dah bincang dengan keluarga abang. Kita akan bertunang dan nikah terus minggu depan. Abang dah tak nak tunggu lagi. Abang tak sabar nak Airin jadi isteri abang. Mak Airin pun dah setuju." - BADRUL MUHAIMIN

Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan menjadi alasan gila mereka untuk bersatu. Covid19 dan PKP juga membingkar rasa cinta Israq kepada Airin. Covid19 dan PKP juga membenihkan rasa cinta Airin buat lelaki itu. Namun apakah Covid19 dan PKP juga bakal menjadi alasan gila mereka untuk berpisah?

Berakhirnya PKP, apakah menjadi titik permulaan perpisahan mereka? Berakhirnya PKP, apakah terlerai juga ikatan pernikahan rahsia mereka? Berakhirnya PKP, apakah akan berakhir juga kisah cinta mereka?

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR 

Suci Hidayat

BOOK ID

SUC00001

TOTAL PAGE

488