
Mannequin
SYNOPSIS
MANNEQUIN sebuah patung perhiasan yang menjadi model peragaan di butik-butik pakaian. Ada cerita di sebalik patung ini. Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar Zaitun. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada wataknya itu.
Seorang kru dirasuk dan seorang lagi kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Benarkah Zaitun sudah mati atau masih bernyawa? Siapa dalang di sebalik angkara? Mannequin dijadikan sebagai teman hidup mereka yang kesunyian dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Namun, ada 'bayaran' yang cukup mahal perlu dilunaskan.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Illya Abdullah
BOOK ID
ILA00004
TOTAL PAGE
348