
Menjajat Asia Tenggara (Ceritalah 2)
SYNOPSIS
Asia Tenggara-bagaimanakah kita mentakrif rantau ini yang merangkumi dan berselirat dengan pelbagai akidah dan budaya yang cukup berbeza dan beraneka ragam?
Karim Raslan,salah seorang pengulas yang kian tersohor juga pengarang buku malaysia Dalam Peralihan Ceritalah 1 memberi tumpuan terhadap persoalan tersebut sambil beliau menjelajahi panorama lanskap rantau ini. Menjagat Asia Tenggara Ceritalah 2 mencatatkan julat peristiwa daripada Dr.Mahathir kepada Michelle Yeoh, daripada Islam kepada muzik rap Indonesia sehingga ikon semasa rantau ini yang kelihatan bagaikan langsung tiada persamaan antara satu sama lain tersusun rapi bak sirih junjung dalam satu wadah persembahan. Karim tidak mempersembahkan persekitaran yg sering kita temui tetapi beliau membawa kita mengimbas enklaf warga Islam yang terabai di Negara Thai yang berfahaman Buddha;hiruk pikuk kota Rangoon pada zaman kegemilangannya pada tahun 1930-an;dan bangunan-bangunan keraton si Solo yang kini kelesuan.
Pemandu pengembaraan kita ini menjejaki para pelukis, penyair,ahli politik dan ulama di tengah-tengah kelompok masayarakat yang jarang dijengah, dalam persidangan yang ulung, dan dalam suasana indah dan hening di galeri-galeri seni.Dengan kepintaran dan ketajaman penserapannya,pada kanvas karim terserlah gambaran Asia Tenggara yang sekaligus biasa serta terasing namun menguja.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Karim Raslan
BOOK ID
KR000002
TOTAL PAGE
270