
Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka
SYNOPSIS
Selama ini, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui bahawa kerajaan Islam di Alam Melayu yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Daulah Uthmaniyah ialah kerajaan Aceh Darussalam. Namun begitu, dalam catatan Portugis, dinyatakan dengan jelas tentang kehadiran pedagang-pedagang dari Turki Uthmaniyah ke Kota Melaka untuk membeli rempah-ratus dari Pelabuhan Melaka. Malah sumber Portugis juga menyatakan bahawa terdapatnya tentera Turki Uthmaniyah dalam angkatan tentera Melaka ketika berlakunya perang antara Portugis dan Melaka pada tahun 1511. Lebih menarik lagi, beberapa penulis Turki dan Arab menukilkan bahawa terdapatnya hubungan langsung antara Sultan Daulah Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Sehubungan dengan itu, penulis berasa terpanggil untuk membuat kajian lanjut tentang hubungan Daulah Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka. Maka sekitar bulan Oktober tahun 2015, penulis telah ke Istanbul selama beberapa minggu khusus untuk menjalankan kajian tentang hubungan Kesultanan Melayu Melaka dan Daulah Uthmaniyah. Dari itu, terhasillah buku ini yang memaparkan fakta-fakta tentang hubunga diplomatik yang terjalin antara Daulah Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Hasanuddin Yusof
BOOK ID
HSY00001
TOTAL PAGE
232