Cart 0
AME00001.png

Misi Curi Hati Dia

SYNOPSIS

Perempuan <-- semudah petik jari

Kerjaya <-- Tip-top dan tak perlu susah hati

Duit<-- Hari-hari dicari biarpun terpaksa tidur dua jam sehari

Cinta<-- ini yang paling payah sekali. Sendiri tepuk dahi

Itulah motto lelaki yang bernama Mohd Zulhazri atau dikenali sebagai Azri_Si Rempit, lelaki nakal yang sering menabur kata-kata manis kepada rakan-rakan perempuan di laman muka buku. Hakikatnya dia bukanlah senakal itu kerana sebenarnya dia sedang mencari cinta yang satu.

Nur Fathia atau dikenali sebagai Tia_the freak, digelarkan sebagai puak pembangkang oleh Azri kerana kelancangannya membidas setiap status-statusnya. Walaupun dia nampak selamba, namun hakikatnya dia adalah seorang perempuan yang menyimpan sebuah luka kerana peristiwa lalu.

Azri- si rempit: Kerja saya senang saja. Lepas hantar surat saya mengular….

Tia-The Freak: Azri_SiRempit the ananconda…

Azri-Si Rempit: I Bukan Anaconda Tia_ The Freak tapi I Dracula…

Tia-the Freak: Azri_Si Rempit <-- BENGONG!

Setelah setahun bermesra di laman muka buku, akhirnya mereka bertemu. Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta sehingga Azri nekad meluahkan perasaan. Namun, disebabkan luka yang pernah bertamu dihatinya, cinta Azri ditolak dan Fathia terus menyepi. Azri nanar kerana antara ramai gadis yang dikenali hanya Fathia yang bertakhta di hati.

Menolak cinta Azri membuatkan Fathia penasaran sendiri, namun ada satu hati yang tidak jemu memujuk rayu menyebabkan dia lemas dan dalam dilema antara Azri dengan Khairul Azmi Datuk Mustafa, lelaki yang pernah dicintai sepenuh hati, tetapi lelaki itu jugalah yang tega menghancurleburkan hatinya.

Azri kecewa, namun tak pernah putus asa. Berbagai cara dilakukan untuk memikat si dia. akan berjayakah Azri dalam misi curi hati dia itu?

GOODREADS REVIEWS


AUTHOR

Ameera Ameer

BOOK ID

AME00001 

TOTAL PAGE

893