Cart 0
ONLINE01.png

Mudahnya Bisnes Dengan Forum Online

SYNOPSIS

'Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet. Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari. Bagaimana?'

Dia mengikuti petua ini, "Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet."

Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung?

Hanya di satu tempat bernama Forum Online.

Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang. Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada yang cuba merahsiakan. Peniaga kecil, pekerja yang berniaga sambilan, suri rumah dan pelajar memiliki buku ini dan mencipta telaga bisnes mereka sendiri.

Mudahnya Bisnes dengan Forum Online memberikan petua:

  • Menukarkan rakan menjadi pelanggan di Forum Online
  • Menjual produk dan perkhidmatan sendiri ataupun orang lain secara cepat, mudah dan praktikal
  • Mempromosi dan menjual secara berpanjangan

Buku ini mendedahkan kaedah Show Don’t Tell yang digunakan berkali-kali oleh peniaga di Internet. Jadikan buku ini di sisi kita ketika menggunakan Internet.

Buku ini menjadi penasihat kepada bisnes kita

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Zamri Mohamad 

              Zamri Mohamad.png

fb.png zamrimohamad

Azree Hanifiah

             Azree Hanifiah.png

fb.png  azreehanifiah 

twitter (1).png @azreehanifiah

BOOK ID

ONLINE01

TOTAL PAGE

144