Cart 0
ZAH00002.png

My Miss

SYNOPSIS

“Faham tak? Jangan tahu angguk aje!”

“Faham, cik. Saya faham.”

Maka rasmilah Luqe Rizky sebagai pembantu rumah kepada Diya Adarina. Selama berkhidmat untuk gadis itu, pelbagai ragam yang dihadapi. Apa yang menjadi kesukaan dan kebencian Diya, cuba dipelajari sebaik yang mungkin.

Sehingga adanya lamaran daripada seorang cikgu untuk Diya, Luqe mula gelisah. Baru dirinya sedar yang telinganya tidak lagi akan mendengar pujian tentang masakannya daripada missnya itu. Takut kehilangan missnya, keputusan nekad diambil. Dia harus memperisterikan majikannya sendiri!

“Miss, kahwin dengan saya. Saya akan jaga miss sampai bila-bila. Selagi saya mampu, saya akan jaga miss. I swear!”

Bagi Diya pula, kenapa tak? Daripada nak berkahwin dengan orang yang dia sendiri tak kenal, Luqe adalah pilihan yang lebih baik. Sudahlah lelaki itu pandai masak spageti, menu kegemarannya! Tapi, Sir Ilyas macam mana?

Mampukah Diya dan Luqe meneruskan perhubungan yang sudah terjalin? Siapa pula Sir Ilyas dalam hidup Diya? Apakah gelaran my miss akan terus meniti di bibir Luqe? Atau, gelaran itu akan tetap kekal menjadi gelaran?

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Daisy Zahra

BOOK ID

ZAH00002

TOTAL PAGE

576