Cart 0
HHL00006.png

My Mr Setan

SYNOPSIS

Tipikal


Bila kaya dan kacak, semestinya playboy. Itu gelaran yang dia sentiasa dapat daripada perempuan-perempuan yang sering dahagakan kasih sayang serta harta. Berbekalkan kelebihan itu, semudah ABC dia dapatkan perempuan yang diingini kecuali seorang.

Xia Amara. Seunik nama serta sikapnya. Seorang gadis yang langsung tak terjentik dengannya, buat ego seorang lelaki tercabar. Dalam ingin mencuba like touch and go, hati mula ingin menyimpan sebagai khazanah.

"You're mine." - Alex Xander.


Dalam tak sedar, Alex memonopoli Xia seperti yang lain. Menjadikan Xia salah seorang perempuan simpanan tanpa rela.


"Atas dasar apa? I cuma pekerja bos dan akan kekal sebagai pekerja." - Xia Amara.


"Atas dasar aku dah mencabul kehormatan kau. So, you're mine."


Alex Xander. Menyentuh perempuan, ibarat sarapan pagi. Meragut kesucian wanita, ibarat makan malam. Jadi, siapa yang berani menghalang kemahuannya? 


Sekali dia kata dia NAK, maka dia akan dapatkan termasuk Xia. Lantas, perkahwinan secara paksa dia hamparkan demi mengikat Xia sebagai khazanah hidup.


"I takkan kahwin walaupun dirogol sekalipun. I takkan kahwin dengan Raja Setan. I rela mati daripada kahwin."


"Raja Setan yang you maksudkan tu, aku ke? Raja Setan dah sampai. Ada bau-bau neraka tak?"


Beribu batu Xia berlari, sejuta langkah dia mengejar. Akan dia jadikan hidup Xia huru hara seperti neraka. Agar si gadis tak punya pilihan.


"Hidup dengan aku seperti dalam syurga. Atau jauh daripada aku dan hidup seperti neraka."


Ugutan Alex Xander memusnahkan segala harapan. Belum berkahwin, hidupnya tak ubah seperti neraka. Apatah lagi, selepas kahwin. Lelaki macam setan, mana mungkin boleh hamparkan sebuah syurga. Malangnya, dia tak punya pilihan apabila hidup semakin terseksa tanpa sebarang ikatan. Lelaki plastik itu, benar-benar menjadikan hidupnya seperti neraka. Penuh noda dan dosa. Lantas, mulut bersetuju demi menjaga maruah diri. Mr Setan dikahwini tanpa rela hati.


GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Hash Aulia

           Hash-Aulia.png

fb.pngNovelistHashAulia

IG.pngnovelishashaulia

BOOK ID

HHL00006

TOTAL PAGE

352