Cart 0
HRO00001.png

Ombak Jadi Saksi

SYNOPSIS

Pantai Parangtitis yang terletak di Yogyakarta telah menjadi saksi pertemuan dua hati. Dua remaja dari benua yang berlainan telah terpaut hati di pantai ini. Anto, anak tempatan Kota Gudeg telah jatuh cinta pandang pertama dengan Nadia gadis Singapura tatkala menawarkan perkhidmatan kuda tunggangnya kepada gadis itu.

Sebenarnya, Nadia telah pun bertunang dengan Irwan, jejaka Singapura tetapi disebabkan hawa nafsu yang tidak mengenal erti dosa, Nadia hampir-hampir diperkosa oleh Irwan. Untuk memujuk hatinya yang dikecewakan, dia telah membawa diri ke Yogyakarta.

Nadia mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian dan bercita-cita ingin menjadi anak seni. Perkenalannya dengan Azman telah mendedahkan dirinya dalam bidang itu. Dalam mengejar cita-citanya, Nadia tidak lupa pada Anto yang dikenalinya itu.

Namun dalam diam, Azman menaruh hati pada Nadia tapi cintanya tidak dibalas. nadia sering berulang alik ke Yogyakarta untuk bertemu Anto. Tiba-tiba Anto menghilang diri tanpa khabar berita, Nadia menjadi resah.

Akhirnya Anto muncul dengan isteri dan anak kecil. Terkesima Nadia dibuatnya. Apakah Nadia akan menerima Anto kembali? Sanggupkah Nadia bermadu dengan Ika Sari, isteri Anto? Dan bagaimana pula hubungannya dengan Azman? 

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Haron Abdulmajid

BOOK ID

HRO00001

TOTAL PAGE

385