Cart 0
AMH00020.png

OMG! Gila Pink

SYNOPSIS

Bilik tidur merah jambu, langsir dan cadar pun warnanya begitu. Jam tangan, bekas pensil dan fail buku...segalanya mesti menggunakan warna yang satu. Merah Jambu… merah jambu...merah jambu!

Aduhai...Itulah perangai remaja bernama Nazim Rosman yang gila ‘pink’ pada tahap melampau. Oh my God...memang buatkan semua orang jadi risau! Paling tidak boleh diterima, pintu bilik pun mahu di cat dengan warna merah jambu juga. Buatkan ibu bapanya melarang, mana boleh Nazim Rosman yang berjantina lelaki itu punya bilik tidur ala-ala gadis sunti!

Perangai Nazim Rosman yang gila ‘pink’ juga buatkan dirinya dilabel lembut dan lembik. Dia dibuli dan diejek! Hanya kerana penampilan terlebih ‘pink’ berbanding pelajar lain.

Paling tidak disangka, oleh kerana Nazim Rosman amat sinonim dengan warna ’pink’ di Sri Bangsar, dia dengan mudah telah diperangkap dan dituduh melakukan kesalahan disiplin. Hanya kerana bukti-bukti kesalahan itu berwarna ‘pink’!

Obsesi pada warna ‘pink’ kini memakan diri, mampukah Nazim Rosman membersihkan nama sendiri? Ikuti novel paling ‘pink’ di pasaran, jangan mata jadi ‘pink’ sudahlah!

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Ain Maisarah

Haziq Ridzuan

BOOK ID

AMH00020 

TOTAL PAGE

112