
Pemburu Mimpi
SYNOPSIS
"Kita boleh hormat dia, Lina, tapi jangan minta lebih daripada itu. Akak tak mahu buat dosa pada dia. Biarlah dia pergi dik. Lagipun... kita cuma anak perempuan. Kita bukan boleh menyambung zuriatnya. Kita tak boleh mengusung mayatnya ke kubur. Biarlah kita dengan hidup kita di sini. Selama ini pun, beginilah mak membesarkan kita semua. Biarlah dia dengan hidupnya di sana. Kita tak perlukan sesiapa..."
Kata-kata Dr. Hamimah yang terakhir ini sungguh muktamad buat bapanya, Johan. Hatinya hancur luluh. Semua harapannya sudah musnah. Dia menangis dalam kesepian, tetapi apakan daya, segala-galanya telah berlaku. Dia tidak berdaya memusingkan masa itu. Dialah yang merancang semua ini. Tidak boleh disalahkan kepada takdir Tuhan . Tuhan hanya melorongkan permintaannya. Dia berusaha, bersusah payah untuk mendapat anak lelaki. Tuhan sudah pun memenuhi hajatnya.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Saleha Hussin
BOOK ID
SH000001
TOTAL PAGE
1245