
Perkembangan Kanak-Kanak
SYNOPSIS
Buku Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada teknik penilaian perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh (fizikal, persepsual, intelektual, sosial, emosi dan moral) dalam konteks seharian di rumah atau di sekolah. Di samping memberi maklumat berbentuk teori yang am berkenaan perkembangan kanak-kanak, buku ini bertujuan untuk membantu seseorang pengkaji, guru atau penjaga dalam menilai perkembangan seseorang kanak-kanak dan mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Perkembangan kanak-kanak berbeza daripada individu kepada individu. Untuk membimbing kanak-kanak ke arah perkembangan yang optimum, kita harus melihat perkembangan kanak-kanak dari sudut yang melintasi batasan umur. Pendekatan yang lebih berkesan bagi mengesan kebolehan kanak-kanak meliputi penilaian terperinci tentang setiap aspek perkembangan, melalui koleksi portfolio (hasil kerja, rakaman audio/video, gambar, pemerhatian, serta ujian khas) yang membuktikan kebolehan yang ada pada setiap kanak-kanak. Dengan pengetahuan yang mendalam tentang perkembangan setiap kanak-kanak hasil daripada pelbagai penilaian tersebut, satu program ransangan yang lebih berkesan dapat dibentuk untuk mempertingkatkan pencapaian potensi perkembangan kanak-kanak tersebut.
AUTHOR
Rohani Abdullah
BOOK ID
RHB00001
TOTAL PAGE
245