
Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib
SYNOPSIS
Aduan kepada Konsortium Pari-Pari
Nama Pengadu: Puteri Gunung Tendang
Aduan: Mudah sahaja aduan kali ini. Beta ingin berkahwin! Alahai tolong kahwinkan beta!
Mungkin ada yang kata ini permintaan gatal sangat. Mungkin ada yang pandang sebelah mata dan melabel beta sebagai perigi mencari timba. Namun sebenarnya beta tertekan kerana ayahanda dan bonda sudah menolak 32 lamaran pinangan! Putera kacak, tidak dipandang. Orang kaya daerah, tidak diberi peluang. VIP alam dongeng pun masuk meminang, namun semua hantarannya ditendang!
Apa sebab lamaran ditolak, beta tidak faham! Adakah beta perlu menerima takdir menjadi anak dara tua? Oh tidak....seksanya!
Mohon bantuan Konsortium Pari-Pari, hantarkan sekumpulan pencari jodoh yang paling cemerlang. Mohon lembutkan hati ayahanda dan bonda, supaya beta boleh berumahtangga dan hidup 'happily ever after'.
Cepat...cepat..cepat bertindak! Sebelum beta makin lanjut usia dan jadi penunggu gunung buat selama-lamanya
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Ain Maisarah
Izanor Sharif
BOOK ID
AMH00031
TOTAL PAGE
232