
Rasuk
SYNOPSIS
“Kadang-kadang kita buat pilihan bukan kerana kita tahu sepatutnya siapa tetapi kerana kita memilih yang tiba dahulu. Tak ada siapa dapat cakap memang inilah orangnya kerana tidak mungkin kita dapat tahu liku-liku yang terbentang di depan kita. Maka kita memilih diantara mereka yang jua memilih kita. Kerana kita takkan tahu bila yang seterusnya akan datang…”
“Langkah mayat I dulu sebelum dia boleh tinggalkan I,’ nada Nurlisa semakin bersungguh.
“Parah tu. Ini dah kes anggau betul.” Shira tertawa.
“Shira, kalau I tak dapat dia, biar semua tak dapat….” Berdendam nada Nurlisa.
Kemudian Haikal terlihat sesuatu yang aneh. Berderau darahnya. Terkejut. Buat sesaat, matanya telah mempermainkannya lagi. Buat sesaat, dia ternampak seseorang menghampiri ibunya. Ibunya yang kini keseorangan di dalam rumah. Dan seseorang itu berdiri di belakang ibunya. Berdiri rapat.Sedikit menyedeng. Seakan tersandar.
“ Dia bukan dia,” bisik Julia pada diri nya. “Apa?”
“Dia dah lain… bukan dia lagi..” Julia termangu memikirkan situasi yang dihadapi Haikal, “Kena rasuk…”
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Zyra Safiya
BOOK ID
ZY000002
TOTAL PAGE
599