Cart 0
SAD00001.png

Saddam Bela Islam

SYNOPSIS

Apabila komunis dan kapitalis nampak akan muncul pemimpin yang berkaliber di negara Islam, mereka akan membunuhnya. Gaddafi telah menjadi sasaran tetapi tidak berjaya. Zia Ul Haq telah menjadi sasaran. Sampai ke hari ini tidak diketahui siapa yang memainkan peranan membunuh presiden yang cuba membuat reaktor dan bom nuklear di Pakistan itu.

Demikianlah yang dirasai oleh Saddam Hussein. Dan sekiranya Dr. Mahathir dapat membuktikan beliau sebagai pemimpin yang bakal menjadi teraju kepimpinan Islam di sebelah Asia Tenggara, maka beliau juga akan menjadi sasaran dunia komunis dan kapitalis.

Iraq bukan lagi berhadapan dengan seorang musuh. Iraq telah membangunkan semula singa-singa kristian Eropah dan Amerika supaya menentang kuasa-kuasa Islam. Sekiranya Richard the Lion Heart masih hidup, pasri Richard akan bersama armada tentera sekutu menuju ke Iraq.

Apa yang berlaku di Teluk Parsi adaalah Perang Salib. Yang membawa erti tercetusnya semula perang yang tidak pernah ada hentinya antara kafir dan Islam.

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

BOOK ID

SAD00001 

TOTAL PAGE

154