Cart 0
AFI00002.png

Seindah Rahsia

SYNOPSIS

Kita hanya merancang namun ALLAH yang menentukan. Begitulah yang terjadi kepada nasib Sri Atiya. Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira bila dia tiba-tiba sahaja hilang di majlis perkahwinannya. Anuar yang sepatutnya menjadi abang ipar Sri, kini menjadi suaminta yang sah. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Sri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Pada mulanya kehidupan rumah tangga Sri bahagia. Tiada apa-apa yang terjadi. Namun setelah lima tahun melayari bahtera bersama, akhirnya rumah tangga yang dibina mula dilanda badai. Anuar menuduh Sri berlaku curang di belakangnya dan akhirnya bercerai.

Kehadiran Ilham sebagai secret admire dan kemunculan Hadi secara tidak langsung telah merubah hidup Sri. Sri mula melupakan kisah silamnya bersama Anauar dan pertemuan semula dengan Atira membuat hidupnya bersinar kembali. Sri mula tertarik dengan keluhuran hati Hadi dan berhasrat ingin mengambil Hadi sebagai suami namun dalam masa yang sama dia tidak dapat melupakan Ilham yang lebih dulu dikenalinya melalui SMS.

Konflik bermula setelah Hadi mengahwini Sri. Bekas suaminya, Anuar telah datang menuntut janji pada Hadi.Hadi telah berjanji pada Anuar untuk mengembalikan Sri. Perkahwinannya atas dasar cina buta. Sri sekali lagi berasa tertekan. Kepercayannya pada Hadi hilang sekelip mata. Dalam masa yang sama, Ilham muncul semula melalu SMS. Sri mula bersemangat kembali dan berhasrat ingin berjumpa

Dapatkah Sri berjumpa dengan Ilham? Apakah pula tindakan Hadi seterusnya? Bagaimanakah pula hubungan Sri dengan bekas suaminya, Anuar? Dan siapa pilihan Sri? 

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Afiqah Farzana

BOOK ID

AFI00002

TOTAL PAGE

421