Cart 0
NIN00001.png

Sejak Bila Kami Berkawan?

SYNOPSIS

"Awak semua ini tidak ada kerja lain? Dari tadi asyik mengumpat saya!?

Ketinggian suara Rayyan mengejutkan ketiga-tiga gadis itu. Masing-masing tercengang dan saling berpandangan sesama sendiri. Biji mata Rayyan terjegil-jegil seolah-olah akan terlepas daripada kelopaknya.

"Eh, sedapnya awak menuduh kami tanpa usul periksa. Kami tidak pernah mengumpat awak walaupun sekali." kali ini giliran pelajar perempuan bertocang itu pula bersuara.

"Dari tadi saya perhatikan, awaklah yang beria-ria mengumpat." Renungan mata Rayyan tajam menikam anak mata gadis bertocang."Awak ketua mengumpat!" kali ini jari telunjuk Rayyan lurus menuding ke wajah Nazrin, pelajar perempuan yang bertocang itu.

"Hei, cakap biar berlapik. Fitnah! Itu Fitnah!" Suara Nazrin melantun

"Ah, sudahlah!" Rayyan menepuk meja Nazrin dengan kuat, kemudian mengambil sebatang pensel di atas meja itu lalu mematahkannya menjadi dua, sebelum terus keluar daripada kelas.

"Pensel saya...." Aliza bermuka sedih sambil mengangkat dan merenung penselnya yang sudah patah dua itu. Apa salah pensel itu? 

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Ainin Naufal 

BOOK ID

NIN00001 

TOTAL PAGE

241