
Semusim Di Mahsyar
SYNOPSIS
lqlima Salsabilla, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan pemindahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya di gali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan keadaan kain kapan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana dia masih hidup.
Apakah yang dilaluinya sepanjang 5 hari dia berada di dalam kubur? Bagaimanakah suasana yang dijalaninya sepanjang dia berada di alam misteri sehingga dia merasakan hampir beribu tahun lamanya dia bersemadi.
Adakah dia melalui perjalanan di atas titian sirat? Mendaki dan menuruninya sahaja ribuan tahun. Bagaimana lqlima lalui semua itu? Adakah dia berdepan situasi Mahsyar seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran? Bertemu para Nabi dan Rasul?
Iblis berkhutbah dengan penyesalan yang sangat dahsyat, apakah kata-kata yang didengari oleh Iqlima? Adakah dia juga bertemu dengan Qarun? Haman? Bagaimana dengan Rasulullah? Bayangan atau sebenar pertemuan? Bongkar sebuah keajaiban.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Hadi Fayyadh
BOOK ID
HAD00002
TOTAL PAGE
307