
Sepetang Di Busan
SYNOPSIS
Saya tidak pernah faham mengapa saya ingin datang sekali lagi ke negara Korea dan menyusahkan diri dengan terpaksa makan makanan yang pedas dan berbau masam seperti ini. Orang yang fanatik dengan Korea berpusu-pusu makan di restoran-restoran Korea di Kuala Lumpur, sedangkan saya pula sangat berharap agar tidak perlu lagi menghadap makanan seperti ini.
Apalah sangat yang hendak diceritakan jika saya pergi melancong ke Korea dalam masa satu minggu. Ada orang Malaysia yang belum sampai satu minggu di Korea, sudah kerinduan makanan Malaysia. Ada juga yang sudah tidak tahan kerana terpaksa makan mi segera. Apatah lagi yang menahan diri dari pergi ke tandas awam. Itu baru sahaja satu minggu.
Saya terpaksa tinggal di sini bertahun-tahun lamanya. Semua kesusahan yang dialami oleh pelancong, saya anggap picisan semata-mata.
Adakah ini sebuah travelog?
Tidak, ini sebuah catatan kehidupan seseorang yang kelaparan
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Ahmad Abdul
BOOK ID
AHB00001
TOTAL PAGE
196