Cart 0
NJT00001.png

Seteguh Kasih Aina Najihah

SYNOPSIS

Sebuah kisah percintaan...

Menanti kalimah cinta daripada Ameer Mulhim bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya Aina Najihah benar-benar terluka. Namun adakah lukanya akan terus berdarah? Bagaimana pula dengan si jejaka yang mengagumi wanita ini dalam diam? Sanggupkah si jejaka meluahkannya?

Sebuah kisah perjuangan...

Pengorbanannya pada Hotel Mawar Biru tidak dihargai. Ada manusia yang tidak boleh melihat diri orang lain senang. Tanpa menilai kredibiliti seorang ketua Pegawai Pemasaran, dia dipecat dan dimalukan di hadapan rakan-rakan sekerja. Adakah dia akan berundur?

Sebuah masa silam yang terpaksa dibongkar...

Benarkah Aina Najihah anak yatim piatu? Jika benar, siapa si comel yang berpelesiran di Pasar Benut dua puluh dua tahun yang lalu? Atau, mungkinkah dia telah di'yatimpiatu'kan sebelum menjadi penghuni tetap Asrama Anak-Anak Yatim Darul Fikriyah?

Bersama menyelusuri derita, mengesat titis air mata seorang Aina Najihah...

Hidup ini ada manis dan ada pahit. Kematian, perpisahan dan pengkhianatan telah menghiris hati seorang Aina Najihah. Namun adakalanya dia masih boleh berhelak ketawa dan tersenyum mesra bila bunga-bunga cinta berputik semula dan sahabat setia mula mengenali erti kejujuran.

Tapi, bagaimana harus dilalui hidup ini jika gelombang yang memukul terlalu kuat? Terlalu mengujinya! Dia tiada ibu bapa apalagi sanak saudara untuk berkongsi segala kekusutan. Agaknya, pada siapa Aina Najihah berharap?

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Dina Najat

BOOK ID

NJT00001

TOTAL PAGE

564