
Suara Tengah Malam
SYNOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang seorang penyiasat persendirian bernama Adam yang berkelana mencari isterinya yang diculik tiga tahun yang lalu. Maklumat yang diterima telah membawanya ke Melaka. Di situ, dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama. Di situ juga, dia telah berkenalan dengan Rafiq yang juga baru menyewa di situ. Suara aneh yang kerap mereka dengari apabila senja muncul membuatkan mereka berdua cuba menyiasat misteri rumah itu. Namun, usaha mereka mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis.
Dalam masa yang sama, usaha Adam semakin menemui jalan buntu, apatah lagi halangan daripada penculik isterinya. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk menamatkan pencariannya di Melaka. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru.
Misteri suara budak kecil yang menyanyikan lagu Cina, di rumah sewa itu juga sering menghantui Adam Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Maria Kajiwa
BOOK ID
MKJ00005
TOTAL PAGE
518