
Suite 1908
SYNOPSIS
Saerah tidak berdendam dengan Datuk karim tetapi kerana Datin Rose yang berambut meremang coklat keperangan macam 'kucing parsi' itu kerap menyakiti hatinya, Saerah terus nekad - alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!
Siapa yang tidak mahu hidup senang? Semua itu dia boleh dapat daripada Datuk Karim. Dengan lelaki itu dia mampu mendiami apartmen mewah, boleh berkereta besar, boleh makan angin keliling dunia dan menikmati hidup sosial kelas atasan. Itulah yang ramai wanita ingin...
Bagaimana Datuk Karim tidsk jujur!
Dia menjalin hubungan dan bersilih ganti cinta dengan ramai wanita lain. Kecurangan lelaki itu dibuktikan oleh Datin Kay. Perlahan-lahan Saerah membawa diri, keputusan itu disambut dengan senyum kemenangan Datin Rose.
Datuk Karim sedar kesilapannya dan berusaha memujuk Saerah tetapi gagal. Biarpun masih menyayanyi Datuk Karim tapi Saerah terpaksa memilih antara dosa dan pahala, antara syurga dan neraka. Soalan tentang 'malam ini siapa yang punya?' tidak mahu difikirkannya lagi.
GOODREADS REVIEWS
AUTHOR
Sri Diah
BOOK ID
SRD00008
TOTAL PAGE
384