Cart 0
AMH00019.png

Sumpahan Mahsorry Berdarah Pink

SYNOPSIS

Aduan kepada Konsortium Pari-Pari

Nama pengadu: Mahsuri @ Mahsorry

Aduan: Besarnya dosa! Hebatnya tanggungan rasa bersalah dalam jiwa! Oh...saya tidak sangka sumpahan boleh menjadi nyata!

Ya! Saya menyumpah seluruh penduduk Langkawi dan tanahnya, hingga tujuh keturunan mereka akan menderita! Itulah akibatnya apabila saya dituduh curang, padahal ia hanyalah perangkap Wan Mahora seorang!

Patutnya saya menyumpah Wan Mahora sahaja. Sumpah dia jadi beruang. Biar gemuk sendirian di hutan. Mungkin bagus juga jika sumpah wanita busuk hati itu menjadi lipas, biar dikejar dengan selipar dan dilibas-libas. Ah, andai dapat diundur waktu..saya tentu luahkan sumpahan pada Wan Mahora supaya jadi peti ais! Biar tegak kaku, sejuk beku macam hatinya yang kejam seolah batu.

Namun...saya sudah terlepas kata. Sumpahan saya jadi nyata dan Langkawi yang menderita. Jadi padang jarak, padang tekukur akibat terlepas kata. Tolonglah Konsortium Pari-Pari, tolonglah saya perbetulkan semua ini. Bantu saya supaya tidak rasa bersalah lagi. Sorry...sorry..sorry! Saya mahu bahagia selama-lama tanpa perasaan bersalah dalam dada ini.

Yang Bersalah

Mahsuri, juga dikenali dengan nama popular Mahsorry
20 Jun Tahun Dongenglah

AUTHOR

Ain Maisarah

          Ain Maisarah.png

 www.pngOfficial Website

  fb.png  AinMaisarah.Novelis

Izanor Sharif

          Izanor Sharif.png

  fb.png  IzanorSharifNovelis

BOOK ID

AMH00019

TOTAL PAGE

225