Cart 0
ADR00001.png

Terzahir Di Sanubari

SYNOPSIS

Analia seorang gadis selamba yang inginkan perubahan dalam hidup. Kehadiran Ejal, telah mengikatnya dalam erti persahabatan yang sukar diterjemah. Dalam melayari persahabatan itu, hadirnya Nafiz. Seorang jejaka yang tampak sempurna, namun menyimpan suatu 'kelemahan' yang tidak terungkap.Kasihnya kepada Analia tidak mampu dibendung hingga memutikkan cinta. Dalam suatu pencarian, Nafiz memilih untuk berkorban. Di saat kesetiaan mulai goyah, Ejal tegar mempertahankan Analia. Baginya, senyuman gadis itu adalah kebahagiaan yang tidak ternilai.

Dia tidak sanggup bertemu jejaka itu. Kalau di kolej memanglah terpaksa, tapi di rumah jangan! Dia rimas tahap petala kelapan. Nak kata dia benci, tidak. Cuma naluri ingin mengelak terlalu kuat menguasai. Tambahan pula, graf hidupnya bagai mendatar sahaja. Seolah-olah tiada perubahan.

Tanpa undangan, wajah dan senyuman Analia mencelah di ruang matanya. Sejak menemui Analia, dia bagaikan tidak betah untuk berjauhan dengan gadis ceria itu. Janggal sungguh memandangkan inilah kali pertama dia berasa demekian. Entah gerangan apa yang memikat hatinya, dia sendiri tidak pasti. Tahap manakah rasa sayangnya tercipta buat Analia, dia sendiri keliru. ~ Nafiz

"Ana, menangislah. Aku akan tunggu sampai titisan air mata kau kering. Faizal mukhlis boleh jadi tisu untuk Analia seorang saja. Memang aku tak boleh peluk kau untuk buat kau rasa selamaat. Ataupun kesat air mata kau dengan jari supaya kau rasa dihargai. Tapi aku sedia 'menyerap, tangisan kau dan beri semangat pada kau." ~ Ejal

GOODREADS REVIEWS

AUTHOR

Adra Adlina

BOOK ID

ADR00001

TOTAL PAGE

614