Cart 0
SAH00002.png

Tunggul-Tunggul Gerigis

SYNOPSIS

Lewat Tunggul-Tunggul Gerimis, Shahnon Ahmad menyelami, menganalisa dan mengutarakan punca masalah yang sedang membengkak dan menanah di kalangan ummah hari ini. Kepekaan Shahnon terhadap masalah ini mendorong beliau menyelami dengan hati dan fikiran yang terbuka untuk meresap masuk ke akar umbi masalah. Shahnon meniti sejarah bumi Poseng. Sejarah Poseng adalah sejarah masjid itu sendiri. Sejarah yang bermula dari Lebai Memok menuju ke zaman Haji Deramang dan seterusnya terhenti di zaman Imam Itam. Dari zaman keriangan sejarah menuju ke arah kesepian dan menerbitkan bibit-bibit kehancuran, lalu terkambus bersama kejahilan dan kehodohan tingkah laku manusia.

Pergolakan di Poseng bukan kerana kesesatan dan kesongsangan yang menjadi faktor utama, tetapi lebih kepada pegangan kuasa dalam kejahilan dan kegilaan untuk mencakar. Pergolakan berlaku kerana manusia mudah merasai diri sendiri begitu lurus dan bersih, sedangkan orang lain itu hanya najis dan anjing yang perlu dijauhi dan dibuang ke lembah yang hina-dina, malah dicincang-cincang seperti melumatkan batang pisang.

GOODREADS REVIEWS 

eviews for Tunggul-Tunggul Gerigis


AUTHOR

Shahnon Ahmad

         Shahnon Ahmad.png

BOOK ID

SAH00002

TOTAL PAGE

322